
Komputer ialah sejenis alat elektronik yang boleh memproses data atau maklumat memberi atau menghasilkan input dan output dengan tepat dan cepat. Data yang diproses adalah seperti teks, grafik, video, audio, animasi dan sebagainya dalam bentuk analog ke digital.


Komputer membantu manusia mengendalikan bermacam-macam urusan, tugas atau urusniaga yang kompleks dengan sangat baik dan berkesan sekali. Dalam dunia global yang kian mencabar ini komputer telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan orang dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, industri, penyiaran, penyebaran, komunikasi, seni, dan sebagainya.
Dengan penggunaan komputer telah membuatkan segala tugas yang sukar dapat dilaksanakan dengan baik, betul, berkesan dan cepat sekali. Komputer masa kini bukan lagi sebagai alat pengiraan, penyimpanan data atau maklumat sahaja malah ia telah menjadi sebagai alat komunikasi, penyebaran atau perkongsian pintar dan juga hiburan atau rekreasi.
