
Terdapat banyak jenis komputer di pasaran dengan pelbagai bentuk dan warna serta pelbagai aksesori. Komputer boleh dibahagian kepada 4 jenis :
1. Super Komputer
2. Kerangka Utama
3. Mini Komputer dan
4. Mikro komputer atau komputer peribadi
Yang selalu kita lihat ialah jenis yang keempat. Mikro Komputer boleh didapati dalam 4 kategori iaitu : 1. Desktop
2. Laptop atau notebook
3. palmtop/PDA
Buat masa ini komputer peribadi yang paling popular ialah laptop atau notebook kerana komputer ini adalah mudah alih dan harganya pun mampu dimiliki oleh kebanyakan orang. Komputer jenis ini bersaing secara sihat di pasaran dengan pelbagai jenama dan model yang berlainan yang begitu menarik dan juga berkeupayaan tinggi. Untuk memiliki komputer ini anda perlu melihat dan menimbangkan dari segi harga, kualiti, kapasiti, kelajuan, peranti yang dilengkapi bersama dan aksesories yang diberikan serta juga keperluan dan kegunaan anda terhadap komputer tersebut.
Bila kita membuat pertimbangan untuk membeli komputer biasanya kita akan melihat dari segi jenis dan kelajuan CPUnya seperti dari jenama Intel seperti Centrino, mobile processors, Duo, Core 2, Celeron, Atom atau dari jenama AMD seperti Duron, Athlon dan sebagainya. Seterusnya dari segi kapasiti RAM dan cakera keras disamping beberapa peranti lain seperti DVDRW, Internet Camera, WIFI, Bluetooth dan jangka hayat bateri. Semua perkara tersebut adalah perkara asas yang perlu diketahui agar kita tidak menyesal selepas membeli komputer.
