Eduwebtv yang telah dibangunkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar atau pedalaman merupakan portal interaktif yang mengandungi koleksi-koleksi video digital yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau diluar waktu sekolah.
Terdapat tujuh tajuk utama yang memuatkan koleksi pelbagai video mengikut tajuk seperti Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, Kurikulum, Interaktif dan Siaran Langsung serta di sediakan juga Panduan untuk para pengguna.
Anda boleh mengakses portal ini di alamat : http://eduwebtv.com dan saksikanlah sendiri betapa hebatnya portal tersebut kerana bahan-bahan yang terdapat amat berguna kepada pelajar-pelajar dan para pendidik. Dengan kemudahan yang disediakan ini akan menjadikan pendidikan di Malaysia bertambah maju dan cemerlang. 'Pendidikan Digital Untuk Semua'
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Please give a comment..