Satu siri kursus blog telah di anjurkan oleh PKG Taiping untuk guru-guru media sekolah untuk menghasilkan satu blog bagi pusat sumber sekolah mereka. Kursus selama tiga hari ini telah bermula pada 28 hingga 30 Julai 2009 bertempat di PKG Taiping. Seramai 29 orang peserta telah menghadir kursus ini yang telah dibimbing oleh En. Mohd Adnan Hj. Baharuddin dari PKG Kota Lama Kanan.
Melalui kursus ini diharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan blog dengan sebaiknya dan boleh mempromosikan Pusat Sumber Sekolah masing-masing disamping perkongsian pintar yang bakal berlaku melalui blog-blog pusat sumber sekolah bagi zon PKG Taiping.
Kursus blog ini adalah sebagai satu langkah permulaan bagi guru-guru media ke arah membudayakan ICT sekolah. Selepas kursus blog ini kemungkinan mereka ingin menambahkan ilmu lagi kepada satu peringkat yang lebih baik ia itu dengan menyertai satu lagi siri kursus aitu Pembinaan Portal Sekolah kerana dengan kursus ini guru media dapat membina portal sekolah dan boleh mempromosikan sekolah dengan lebih meluas lagi. Secara tidak langsung sekolah akan mempunyai portal sendiri sebagai tapak membudayakan ICT dalam semua aspek.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Please give a comment..