BTPN Perak telah menganjurkan kursus SPSS untuk pegawai-pegawai BTPN dan PKG mulai 17 hingga 20 Ogos 2009 di Hotel Heritage, Cameron Highland. Kursus ini dibimbing oleh En. Razif, pegawai dari JPN Perak. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai yang hadir mengenai cara untuk membuat instrumen, penilaian dan laporan kajian (KPI).
Kursus ini diberikan secara hands on dengan menggunakan prisian SPSS Ver 11.5 sejenis perisian yang biasa digunakan dalam membuat kajian. Melalui kursus ini diharap pegawai BTPN dan PKG boleh membuat kajian dalam berbagai aspek pengurusan pendidikan atau sebagainya. Pemantauan yang dibuat oleh BTPN dan PKG ke sekolah boleh mengaplikasikan perisian ini untuk merumuskan data dan laporan pemantauan agar standard/kualiti kajian atau pemantauan adalah ditahap kualiti yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Untuk tujuan itu pihak BTPN dan PKG perlulah menghasilkan instrumen yang baik dan lengkap.
Monday, August 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
